
Sulit
4 tahun
Tak period 3 bulan dan perut sakit serta sembelit
Sy wanita berusia 26 tahun dan masih bujang, sy mengalami perut kembung dan sy juga kerap mengalamai muntah muntah sebelum dan selepas makan serta sembelit. Ada masa perut sy sakit sangat dibahagian tengah dan ulu hati setiap kali tidur waktu malam. Sy dah pergi checkup hampir 3 klinik tapi jwpan yg sy terima masih sama iaitu gastrik, lalu sy pergi ke pharmacy dn dapatkan ubat probiotik. Sy rasa tiada perubahan, apakah yg patut sy lakukan dokter, boleh dokter beri nasihat untuk langkah yg perlu sy ambil supaya semua ini berakhir.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala seperti yang dilaporkan di dalam ruangan soalan:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Gastritis
- Ulser perut atau duodenum
- Masalah usus seperti penyakit Crohn atau ulcerative colitis
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Disebabkan anda telah pergi ke beberapa klinik dan masih tiada perubahan, kami sarankan anda pergi berjumpa dengan doktor pakar perubatan atau pakar gastroenterologi supaya puncanya dapat dicari dan anda boleh diberikan rawatan.
Sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah, sila segera berjumpa dengan doktor:
- Kerap muntah
- Lesu dan lemah badan
- Muntah berdarah
- Najis berdarah (hitam ataupun berdarah merah)
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Mengganggu aktiviti harian dan tidur
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.