
Sulit
4 tahun
Tak sedap badan kaki sejuk
Saya wanita 20 an , beberapa hari saya merasa badan lesu tk bermaya tapi bila chat suhu , suhu saya normal sahaja , tetapi hujung kaki saya sejuk dan badan tidak bermaya , perut sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis
- Batu pada saluran hempedu
- Keradangan pankreas
- Pendarahan pada organ dalaman/ saluran pencernaan
- Batu pada buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana gejala yang anda hadapi boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk dan kematian akibat daripada shock (anggota badan menjadi sejuk & denyutan jantung terlalu laju). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.