
Sulit
3 tahun
Tak selesa pada bahagian kepala
Saya berumur 20 tahun . Saya ada masalah tidur malam ataupun insomnia. Dalam masa seminggu kini, saya sering merasa sakit kepala pada waktu malam. Waktu nak tidur saya kepala saya rasa tak selesa dan sometime sakit kepala pada bahagian kanan . Saya cuba untuk tidur awal sekarang tapi sukar sebab tak selesa pada bahagian kepala saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit kepala yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala sakit kepala boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Dehidrasi
- Gangguan tekanan
- Anemia
- Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tekanan
Untuk mambantu anda mendapatkan tidur yang kondusif, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut :
- Kurangkan pengambilan minuman berkafein terutamnya sebelum tidur
- Kurangkan penggunaan alat elektronik
- Amalkan senaman ringan atau meditasi
- Minum air yang secukupnya
- Pastikan suasana bilik adalah kondusif untuk tidur (tidak terang atau terlalu panas)
Kami juga menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan cara-cara untuk mengatasinya. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.