
Sulit
4 tahun
Tak yakin diri dan hilang keyakinan diri
Saya student university berumur 24 tahun. Saya kerap tak dapat tidur malam atau mudah menyendiri. Saya selalu tak yakin diri untuk memberi pendapat dan merasa diri ini tak bagus dari orang² lain. Saya kerap memandang rendah diri sendiri sehingga kadang² merasa bahasa jawatan atau tanggungjawab yang digalas keatas diri saya lebih layak diberi kepada orang lain selain diri saya. Sehingga saya kerap terfikir bahawa pendapat saya atau pandangan saya tak berguna apabila saya utarakan kepada kawan² saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Stres
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran:
- Rakan kerja
- Rakan sekelas
- Ahli keluarga
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Melakukan teknik pernafasan untuk mengawal dan menenangkan diri
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.