
azzatkatak
4 tahun
Takde pape sakit munkin sy diet tak bagus
Saya umur 19 diet ambik masa 4 atau 5 bulan diet 2 bulan tk makan nasi.sy tengok rambut saya makin nipis ada tengok kata vitamin a lebih ke sebab saya ambik susu segar?.tolong saya dokto macam mana bagi rambut seperti biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca keguguran rambut, antaranya:
- Perubahan hormon akibat kehamilan, menopos atau masalah tiroid
- Pengambilan sesetengah ubat-ubatan seperti ubat masalah depresi
- Mengalami tekanan emosi atau stress boleh menyebabkan keguguran rambut
- Penggunaan sesetengah produk rambut seperti pewarna rambut boleh merosakkan rambut
- Alahan terhadap produk penjagaan rambut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau lebih baik kepada pakar astetik dan penjagaan rambut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.