Sulit
3 tahun
Takut dan risau untuk membuat mri scan dan mencari alternatif lain
saya wanita berumur 47 tahun . saya ada mengalami masalah pendengaran pada telinga sebelah kanan dan telah membuat pemeriksaan di hospital kerajaan iaitu klinik ENT . dalam masa yang sama saya juga telah diperiksa dan semuanya okay dan tiada masalah . selepas itu doktor ingin membuat mri scan otak kepada saya untuk mengetahui masalah dengan lebih terperinci mungkin ada masalah pertumbuhan di otak . tetapi saya mempunyai masalah risau dan pasti saya tidak boleh melakukannya . sekarang saya ingin mengetahui adakah alternatif lain selain membuat mri scan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah pada telinga biasanya memerlukan pemeriksaan sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Saya menyarankan agar anda mendengar nasihat dan jenis rawatan yang bakal dibuat oleh doktor anda di hospital kerajaan.
Antara penyebab gangguan pada telinga ataupun masalah pendengaran ialah:
- Jangkitan kuman
- Tahi telinga yang termampat akibat penggunaan putik kapas
- Telinga dimasuki air
- Masalah pada struktur telinga
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.