
Sulit
3 tahun
Takut yang berlebihan
Hai,Saya 16 tahun dan saya mengalami takut yang berlebihan merasa sangat takut untuk bercakap dengan orang luar dan takut untuk keluar rumah seorang diri dan kadang-kadang selalu berfikir atau mendengar sesuatu yang tidak masuk akal,seperti merasa ada orang yang selalu memerhati ,kena culik,atau mendengar seseorang bercakap benda yang menyakit kan tapi kadang-kadang bila terlalu takut atau sedih saya merasa susah untuk bernafas dengan normal…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan cik yang mengalami masalah takut yang berlebihan. yang dialami oleh pihak cik.
Untuk makluman anda. gejala takut yang berlebihan, merupakan salah satu dari gejala psikologi yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh menandakan masalah kesihatan mental yang mungkin memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
Namun ia juga boleh disebabkan gangguan psikiatri yang lebih serius dan sangat memerlukan rawatan doktor dengan kadar segera, seperti
- gangguan fobia yang lain (i.e. agrofobia, fobia sosial, dll.)
- gangguan depresi atau penyesuaian keadaan
- gangguan psikiatri dengan gejala psikotik
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk bantuan.
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.