nurulsyahrainairyn
4 tahun
Tampalan yang terlalu tinggi
Salam sejahtera, Saya pelajar di IPTA, baru-baru saya baru menjalani rawatan ortdopedic iaitu pemasangan braces pada gigi tujuan bagi pembetulan gigi yang tidak rata di sebuah klinik swasta. Atas nasihat Dental di situ pemasangan braces hanya boleh dilakukan pada gigi bahagian atas sahaja. Dia juga nyatakan selepas pemeriksaan terdapat gigi bawah saya didapati sedikit bergoyang. Jadi braces tidak boleh dipasang pada gigi bahagian bawah. Jadi dental telah membuat tampalan pada ketiga2 gigi geraham bahagian bawah pada kiri dan kanan bagi tujuan supaya gigi hadapan saya(gigi Arnab) tidak terhantuk pada gigi bawah yang bergoyang. Dental juga ade beritahu supaya bila mengigit agar tidak kena gigi bhagian bawah. Masalahnya saya betui-betui tidak rasa selesa hendak mengunyah sebarang makanan kerana tampalan tersebut tidak rata dan berketul besar dan tinggi atas gigi geraham tersebut. Untuk pengetahuan saya juga tidak ada sebarang masalah gigi berlubang. Apa perlu saya buat doctor? Adakah patut saya pergi ke klinik kerajaan untuk membuang tampalan tersebut? Saya benar-benar rasa tidak selesa bila hendak makan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda dinasihatkan untuk berjumpa semula doktor gigi anda bagi pembetulan tampalan gigi sekiranya berlaku kesilapan pada tampalan tersebut. Sekian