
Sulit
4 tahun
Tanda awal hamil selama 7-8 hari tetapi belum bersedia untuk hamil
saya mengalami tanda ii awal hamil , tetapi dia belum bersedia menerima anak , tanda ii hamil datang sudh mencapai 7-8 hari selepas bersetubuh , bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini , adakah pil perancang dpt membntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, berikut merupakan tanda-tanda hamil yang disahkan:
- Haid tidak datang
- Payu dara sakit dan bengkak
- Loya dan muntah-muntah
- Kerap kencing
- Keletihan
- Darah haid kebocoran
- Perut masuk angin
- Perubahan emosi
- Senggugut
- Lebih sensitif kepada deria bau dan rasa.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pil perancang tidak dapat membantu untuk menggugurkan janin kerana ia berfungsi untuk mengawal ovulasi dan persediaan rahim untuk ketumbuhan janin tersebut dan digunakan sebelum kehamilan. Kami sarankan anda berjumpa dengan pakar sakit puan yang berdekatan bagi menyelesaikan masalah ini serta.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.