
nfatihah702
4 tahun
Tanda hamil atau tidak
askum sy nk dtg sy selalu pening2 rsa mual kdg dtg…adakh itu sy hamil…Sy hr tu dtg haid 1 hb…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan
- gastrik
- sindrom premenstrual
- kesan sampingan ubat-ubatan
- migraine
- masalah mata seperti rabun
Jika anda mengesyaki anda hamil, anda disarankan untuk menggunakan Ujian kehamilan sekurang kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat haid.
Sila klik pada link dibawah untuk mengetahui cara menggunakan UPT.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.