mazlenakhamarul
4 tahun
Tanda hamil tapi negatif hamil
Saya wanita berusia 22 tahun dan baru 2 bulan berkahwin. Saya sudah tidak haid dalam 1 bulan sepuluh hari. Sebelumnya saya ada keputihan coklat sedikit dan pendarahan pada waktu pagi sahaja beserta kram perut. Saya juga kerap kencing. Saya sudah cek menggunakan urine test tetapi negatif. Dan mulai kemarin saya lemas, pening dan mual. Hari ini saya pening, mual waktu tengahari. Selera makan saya juga meningkat. Tapi kenapa ujian urine test saya negatif sedangkan saya mempunyai tanda kehamilan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anda boleh disebabkan pelbagai faktor
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sila klik pada link dibawah bagi mengetahui cara menggunakan UPT.
ujian ini disarankan dijalankan pada waktu pagi.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.