
Sulit
5 tahun
Tanda lahir coklat pada bebola putih mata
Good evening to the doctor. Saya ada masalah tanda lahir yang semakin membesar pada bebola putih mata. Saya juga sedar baru2 ini, mata kanan saya juga terdapat tanda lahir yg baru membiak. Saya hilang keyakinan utk berjumpa dengan orang. Boleh saya tahu apa yg patut saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik coklat putih pada bebola mata tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Melanosis yaitu akibat produksi melanin yang banyak
- Naevus yaitu mirip tahi lalat
- Melanoma ketumbuhan yang malignan (ganas)
- Akibat ubat-ubatan
- Akibat penyakit sistemik seperti Addison’s Disease
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak lahir dan sekarang membesar, dikhuatiri dapat menganggu fungsi penglihatan dan kosmetik anda. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.