
Sulit
3 tahun
Tanda tanda awal kehamilan
umur sy 20tahun dan sudah 8bulan berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat. dri bulan 5 hingga bulan 8 period sy teratur shj. masuk bulan 9 ni period sy dh x dtg nk dekat seminggu. tp sy takde apa2 alahan seperti morninh sickness. cuma banyak rasa nk makan masam dan sy cepat sgt mengantuk. adakah ini tanda2 awal kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa tanda awal kehamilan adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Untuk mengesahkan kehamilan anda, beberapaujian boleh dilakukan seperti berikut:
A) Ujian kencing
Hormon hCG dikesan melalui sama ada ujian air kencing atau darah. Ujian air kencing mungkin disediakan di klinik, tetapi ini adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah. Semasa mengambil ujian kehamilan di rumah, baca arahan dengan teliti. Ulangi ujian selepas beberapa hari jika anda mendapat keputusan negatif dan masih tidak mendapat haid anda. Kelebihan terbesar untuk melakukan ujian jenis ini adalah mudah didapati dan murah.
B) Ujian darah
Ujian darah adalah pilihan lain. Hormon hCG boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Perbezaannya ialah hormon hCG boleh dikesan melalui darah dengan lebih mudah, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Ujian darah boleh dibuat sebaik sahaja enam hari selepas ovulasi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor