Sulit
6 tahun
Tanda-Tanda Barah Otak
Saya pelajar tingkatan 2 dan saya telah mengalami sakit kepala yang sangat sepanjang minggu ini. Saya juga mengalami kekebasan di beberapa bahagian badan terutamanya di bahagian kaki dan juga tangan. Saya juga mengalami mual, loya, muntah dan juga sakit perut. Saya menyedari perkara ini sejak tahun lepas sewaktu saya tingkatan 1. Hampir setiap malam saya mengalami sakit kepala yang teruk. Saya ada memberitahu ibubapa saya dan mereka hanya memberikan saya Panadol. Tetapi selepas saya mengambil ubat tersebut, sakit kepala saya bertambah kuat.
Hampir setiap hari saya muntah kerana sakit kepala yang terlampau kuat. Saya juga mengalami kesukaran untuk tidur kerana apabila saya cuba untuk menutup mata, sakit kepala itu terus munucuk-nucuk kepala saya seperti jarum. Saya juga merasakan tindak balas saya menjadi tidak keruan sejak kebelakangan ini.
Saya inginkan kepastian sama ada ini merupakan tanda-tanda awal barah otak ataupun tidak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala sakit kepala berterusan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches) akibat stres atau gangguan emosi.
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Sering muntah dan berasa loya
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































