Sulit
6 tahun
Tanda tanda hamil atau masalah period
Salam doktor, saya berumur 27 tahun dan baru mendirukan rumah tangga selama hampir 3bln, dan sebelum ini period saya tratur seperti biasa masuk bulan ke 3 saya dapati saya period tapi tidak keluar darah yang banyak seperti selalu hanya keluar darah setompok dan tdk banyak seperti haid dan cuma berdarah dalam tempoh dua hari sahaja masuk hari ke 3 sudah tiada, adakah ini sejenis penyakit atau tanda tanda awal kehamilan. Terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid sedikit yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Haid normal
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kehamilan - anda boleh menguji status kehamilan menggunakan ujian air kencing
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























