
Anonymous
5 tahun
Tanda-tanda kehamilan
Salam … adakah sy still boleh hamil walaupun haid saya last minggu lepas…dan takde melakukan hubungan seks sejak haid smpi sekarang ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang keraguan yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami keraguan yang puan. Untuk makluman pihak puan, secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama puan datang haid dikira sebagai hari-1.
Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka puan mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari. Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah pada hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama puan datang haid.
Kehamilan terjadi sekiranya puan melakukan hubungan kelamin pada waktu subur puan. Ketika ini, telur (ovum) ada dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. Waktu ini juga dinding rahim menebal untuk proses implatasi berlaku. Jika tiada pensenyawaan dan tiada implantasi, maka darah dari dinding rahim akan disingkirkan (Haid).
Untuk kes puan, kemungkinan puan hamil itu tiada kerana puan baru sahaja datang haid. Puan juga boleh rujuk kepada artikel kami tentang tanda-tanda kehamilan.
Jika puan masih mempunyai keraguan, puan boleh bercakap dengan pihak kami. *Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.