
Sulit
3 tahun
Tanda tanda mengandung
Saya dan pasangan saya melakukan hubungan sex.saya melakukan hubungan sex dalam waktu haid dari hari pertama hingga hari keempat(4 hari berturut-turut). Semasa melakukan hubungan saya memakai kondom tetapi saya bimbang kondom itu berkemungkinan bocor… selepas 13 hari pasangan saya mengadu keluar darah pekat pada kemaluan dan sebelum itu dia mengadu ada rasa sakit pada rahim. Jadi ade kemungkinan ada tanda mengandung. Dan darah yang keluar itu hanyalah darah haid atau darah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ovulasi biasanya terjadi 14 hari atau 2 minggu selepas datang haid, kemungkinan untuk mengandung adalah lebih tinggi dari masa lain. Selain itu, penggunaan condom dapat memberikan kesan perancangan sebanyak 98 peratus, kemungkinan bocor adalah rendah.
Namun, pengeluaran darah pekat dan rasa sakit rahim boleh disebab oleh kehamilan atau beberapa perkara lain, contohnya kecederaan rahim, fibroid, sista, penyakit radang pelvis, jangkitan dan selainnya.
Tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara rasa pedih dan membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit atau pening kepala
- Kerap membuang air kencing
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan.
Untuk mengesahkan status kehamilan, beberapaujian boleh dilakukan seperti berikut:
A) Ujian kencing (UPT)
Hormon hCG dikesan melalui sama ada ujian air kencing atau darah. Ujian air kencing mungkin disediakan di klinik, tetapi ini adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah, UPT. Semasa mengambil ujian kehamilan di rumah, baca arahan dengan teliti. Ulangi ujian selepas beberapa hari jika anda mendapat keputusan negatif dan masih tidak mendapat haid anda. Kelebihan terbesar untuk melakukan ujian jenis ini adalah mudah didapati dan murah.
B) Ujian darah
Ujian darah adalah pilihan lain. Hormon hCG boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Perbezaannya ialah hormon hCG boleh dikesan melalui darah dengan lebih mudah, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Ujian darah boleh dibuat sebaik sahaja enam hari selepas ovulasi.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani periksaan serta penyelidikan berkaitan supaya mengetahui punca penyebab gejala pasangan anda. Kemudian, penjelasan dan rancangan rawatan yang sesuai boleh dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).