Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Salam sejahtera,
Ibu saya berusia 74 tahun, mempunyai penyakit Diabestes & Darah Tinggi. Sejak 4-5 tahun kehidupan agak kurang aktif.
2-3 tahun kebelakangan beliau mengalami perubahan emosi, sering marah2. Tahun lepas sehingga menuduh bukan2 kepada bapa & meminta cerai tanpa alasan yang logik.
Semakin lama semakin banyak bapa diburuk-burukkan kepada anak2.
Ada juga kadangkala terdengar seolah-olah ibu bercakap sendirian, tapi kurang jelas butirannya. Bila anak2 balik kampung, ibu kelihatan normal, cuma yang menjaganya di kampung dapat melihat keadaan tersebut.
Adakah ini tanda-tanda Dementia atau Alzheimer?
Bagaimana untuk mendapatkan rawatan penyakit ini tanpa perlu membawa ibu berjumpa doktor?
Terima kasih
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala atau tanda Alzheimer adalah:
Kami sarankan anda membawa ibu anda kepada doktor supaya beliau dapat diperiksa dan dirawat. Buat masa ini, rawatan utama adalah ubat dan kognitif tetapi diagnosis haruslah diketahui supaya anda boleh dibantu dalam menangani masalah yang ibu anda hadapi
Anda boleh melakukan perkara ini sekiranya ibu anda mengalami Alzheimer atau dementia:
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami mengenai masalah yang dialami oleh ibu anda. Terima kasih.