
Anonymous
5 tahun
Tanda tanda pregnant
Saya wanita berumur 34 tahun… Sbelum ni saya sukar untuk datang period 2bulan skali… Saya br mendirikan rumahtnagga baru2 nie… Mslah nya sekarang sbelum bersama ngn suami sy bru habis period n berada di fasa kesuburan… Skrng bdnnya mula rs dmam xmnentu dan lagi satu… Penah sblum nie mengalmi kekejangn… Adakah sintom2 tu boleh jd sbb sy pregnant skrng nie…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana proses kehamilan berlaku. Kehamilan berlaku apabila sel sperma daripada suami dan telur yang dikeluarkan daripada ovari isteri semasa ovulasi (fertilization) bersenyawa. Telur yang disenyawakan kemudian bergerak ke dalam rahim, di mana implantasi berlaku. Implantasi yang berjaya akan menyebabkan kehamilan. Secara purata, tempoh kehamilan berlangsung selama 40 minggu.Sebelum anda menjalani ujian kehamilan, anda mungkin dapat mengalami gejala awal. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
Tidak datang haid
Keletihan
Mual
Muntah-muntah (juga dikenali sebagai "morning sickness")
Payudara yang sakit dan semakin membesar
Sembelit
Kekejangan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.