
Sulit
4 tahun
Tangan kanan pesakit dialisis bengkak dari siku ke jari
Selamat sejahtera… ibu saya berumur 62 thn…seorg pesakit buah pinggang… dia sudah 3 tahun mebjalani rawatan dialisis. Baru2 ini tangan kanan Yang ada fistula Tu bengkak dari siku ke jari… tapi tak sakit… Mohon pencerahan…kenapa dan apa Yang perlu dilakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menujukan soalan kepada kami.
Kami memahami kerisauan terhadap keadaan ibu anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa tengan ibu anda boleh menjadi bengkak:
- Alahan
- Saluran aliran limfa tersumbat
- Gigitan serangga
- Kecederaan atau trauma pada tangan
Buat masa ini anda boleh mengangkat tangan ibu anda dari masa ke masa untuk melegakan bengkak tersebut.
Jika ibu anda mengalami gejala berikut, anda dinasihatkan untuk membawanya berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Kemerahan pada tangan
- Terdapat nanah pada tangan
- Pergerakan tangan terbatas dan sakit
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih cerah dari doktor kami. Terima kasih.