
Sulit
4 tahun
Tangan Kebas Kiri dan Kanan
Saya wanita 25 tahun, sedang pregnant 4bulan, tangan saya kebas sudah sebulan, kebas sewaktu tidur boleh diterima lagi tapi sekarang tangan saya dah menjejaskan aktiviti harian saya, pegang sudip pun dah terasa lenguh dan sakit, pegang pisau pun tak kuat, saya tak tahu kenapa, apakah disebabkan pregnant atau saya tak cukup calsium or kalium or any vitamin dalam badan yang menyebabkan saya rasa begini untuk kedua belah tangan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rasa sakit ataupun kebas tangan (seperti dicucuk jarum) merupakan gejala kepada penyakit-penyakit berikut:
Sindrom Carpal (“Carpal Tunnel Syndrome”)
Diabetes
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Cedera urat saraf (nerve palsies)
Terdapat pelbagai ubat tahan sakit yang boleh diberikan kepada anda namun punca kepada kesakitan tersebut perlu diketahui dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.