
Anonymous
4 tahun
Tangan kebas sebelah kiri
saya seorang guru wanita berumur 50 tahun.pd minggu pertama bulan syawal saya ada mkn ubat herbs beli online.ubat utk anxiety’s.baru ni saya mengalami gusi bengkak…saya pergi klinik gg…dia beri ubat paracetamol. dan antiobitik metronidale 200mg. setelah saya mkn ubat antibiotic ni…kepala saya sakit.saya rasa mungkin disebabkan saya menahan bengkak…tp setiap kali selepas saya telan antibiotic kepala saya sakit…so dah 5 biji saya telan baru saya stop antiobiotik dan ubat herbs tu. sbb saya rasa bdn saya mcm ada tindakbalas dan mlm tu saya demam… saya pun minum air byk alhamdulillah demam dah hilang…tp. saya pergi semula ke klinik gg…sYa ceritakan yg saya sakit kepala…doc tu kata saya ada migrain kot…saya pun tak pasti sbb saya memang selalu sakit kepala.saya keliru…tanda utk saya dtg period pun sakit kepala. jika ikut kitaran…memang tarikh utk period hampir nak dtg. tp mulai pg tadi disekolah.tiba2 saya rasa tgn nlengan kiri saya kebas…saya urut2 lega…tp sekejap dtg balik kebas… knapa ye…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebas tangan kiri ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- komplikasi kencing manis (diabetic neuropathy)
- trauma atau kecederaan pada tangan
- carpal tunnel syndrome
- tekanan kepada saraf tangan kiri (lazim jika tertindih tangan atau menulis terlalu lama)
- strok
Memandangkan puan juga mengalami sakit kepala berpanjangan ianya boleh jadi
- sakit kepala tekanan (tension headache)
- sakit kepala migrain
- jangkitan kuman atau bakteria (menigitis)
terdapat juga sebab yang agak jarang seperti
- ketumbuhan dalam otak sama ada bahaya (cancerous) atau tidak bahaya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.