hermanantoni.nsc
3 tahun
Tangan kebas selepas memasukkan student jantung
Saya berumur 39 tahun.Minggu lepas saya telah menjalani pembedahan memasukkan satu stent…hari ini saya berasa kebas di tangan kiri saya. Apabila saya melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan bacaan ecg dah tekanan darah saya normal, tiada masalah…soalan saya, apakah rasa kebas itu biasa berlaku selepas memasukkan stent? Atau akan berlaku serangan kali kedua?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Tangan kebas anda mungkin disebabkan kesan sampingan prosedur pembedahan tersebut. Ia merupakan perkara biasa apabila melibat pembedahan yang memerlukan tempoh waktu panjang. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang diberi doktor untuk mengatasi masalah tersebut.
Serangan sakit jantung untuk kali kedua dan serangan strok antara kesan sampingan yang sangat jarang berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.