Sulit
2 tahun
Tangan kiri kebas dari bahu sampai tangan
Hi doktor saya sahrin saya baru stroke dlm 1 bulan…skrg sy mengalami masalah kebas dari bahu kiri sampai tangan adakah masalah saya ini ada rawatanya…tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang dialami oleh pesakit strok boleh disebabkan kesan strok itu sendiri atau komplikasi penyakit seperti diabetes. Untuk menangani masalah kesakitan yang dialami beberapa kaedah boleh dicuba seperti:
- Jalani senaman fisioterapi
- Pengambilan ubat tahan sakit
- Pengambilan ubat saraf
- Pengawalan penyakit kronik seperti darah tinggi dan diabetes
Mengenai ubat-ubatan, maklumat tambahan adalah diperlukan untuk doktor memberikan preskripsi yang sesuai dengan sejarah kesakitan dan kesihatan anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah anda.