
Sulit
4 tahun
Tangan kiri sakit dan kebas berpanjangan
saya lelaki 27 tahun, menghidapi masalah gout dan rheumatoid arthritis. Baru-baru ini saya mengalami kebas tangan sebelah kiri dan rasa sakit di sendi jari saya hingga mengganggu rutin harian saya. Mohon bantuan dan nasihat doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tangan kiri dan kebas yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesakitan dari gout atau rheumatoid arthritis anda - ia boleh menyerang sendi jari atau pergelangan tangan dan menyebabkan radang pada saraf
- Sindrom Carpal Tunnel - akibat dari postur menaip tidak kondusif, atau dari rheumatoid arthritis
- Kurang nutrisi seperti kalsium/potassium, vitamin B6/B12
- Anemia (kurang sel darah merah) - akibat penyakit kronik anda atau kesan ubat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.