
nabihah.ahkml
4 tahun
Tangan terasa kebas,
saya mengalami masalah kebas pada tangan bahagian kiri, dan juga badan saya berasa berangin dan loya. Saya seorang wanita dan masih bujang lagi. Adakah ini berkaitan dengan penyakit jantung?

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Kekebasan pada bahagian anggota badan adalah salah satu perkara biasa yang dialami oleh masyarakat kita . Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada kekebasan di anggota badan kita termasuklah:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Carpal Tunnel Syndrome merupakan masalah dimana saraf pada tangan mengalami sedikit ‘compression’. Selalunya ia berlaku kepada orang yang kerap kali menggunakan tangan mereka untuk melakukan kerja secara berterusan dan tanpa sebarang rehat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih