
Sulit
4 tahun
Tanya pasal covid Saya nak tahu simptom
Says nak tahu simptom covid.saya isnin check positive.tapi sudah tiga deria rasa Dan bau I ok je
I Tak demam selsema mahu pun batuk.masa Saya check covid Saya Ada hiding sumbat lepas check dia orang quarantine Kat bilik sahaja.tunggu kkm cal.tapi Saya rasa sihat je

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Anda bertanyakan tentang simptom jangkitan covid-19. Kami akan cuba membantu anda.
Berkenaan gejala hidung tersumbat dan gejala positif COVID-19 yang lain. Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan COVID-19:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Seseorang yang dijangkiti virus ini boleh tidak bergejala walaupun ujian menunjukkan keputusan positif. Anda juga boleh menjangkiti orang lain walaupun anda tidak bergejala.
Oleh itu, patuhi arahan kuarantin dan isolasi diri anda daripada orang lain sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak KKM.
Jangkitan ini juga mempunyai tempoh inkubasi dalam lingkungan 2 minggu oleh itu, anda mungkin akan mula bergejala selepas beberapa hari. Anda boleh mendapatkan konsultasi daripada pihak kami sekiranya memerlukan penerangan lanjut atau nasihat tentang jangkitan ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini