
lynnmustakim
4 tahun
Tapak tangan kiri berasa kebas
sy wanita berusia 42 thn. hampir sebulan sy mengalami rasa kebas di tapak tgn kiri. genggaman tgn juga tidak begitu kuat. sy telah berjumpa doc di sebuah klinik. sy hanya diberi vitamin saraf. keadaan masih sama. tiada perubahan. mohon nasihat doc. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan kiri anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Sindrom Carpal Tunnel - akibat pekerjaan, obesiti, kencing manis ataupun kecederaan pergelangan tangan
- Kurang kalsium atau potassium
- Masalah saraf disiku atau bahu - akibat kecederaan dikawasan ini
- Masalah saluran darah sempit - akibat darah tinggi, embolus (darah beku), kencing manis
- Masalah jantung seperti saluran koronari arteri tersumbat
- Masalah dalam otak - pusat yang mengawal sensasi di otak terganggu akibat strok mini mahupun pendarahan dalaman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.