Anonymous
4 tahun
Tarikh jangkaan bersalin tidak tepat
saya berusia 27 tahun. semasa saya buat test HCG positif. saya buat sebanyak dua kali. tarikh hari pertama period terakhir saya adalah 16/05/2019 dan saya membuat imbasan scan ultrasound di klinik berdekatan. tetapi imbasan scan menunjuk kan tarikh jangkaan bersalin saya pada 31.12.2019. doktor tu berkata tarikh tidak berapa tepat kerana janin terlalu kecil. saya hairan. saya ada bertanya kepada kawan saya yang bekerja sebagai nurse. dia berkata jangkaan bersalin saya mungkin bulan 2/2020. adakah imbasan scan tersebut tidak tepat atau saya kena tunggu beberapa minggu lagi untuk membuat imbasan scan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Imbasan Ultrasound untuk mengetahui tarikh lahir kandungan adalah tepat. Namun begitu, keputusan imbasan tersebut juga harus dibandingkan dengan tarikh hari pertama kitaran haid terakhir semasa menentukan tarikh lahir kandungan. Terdapat pertimbangan yang harus dilakukan antara ukuran saiz janin dan dalam menentukan tarikh lahir juga. Oleh itu, puan boleh merujuk balik doktor anda untuk keterangan lanjut.
Untuk mengetahui masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.