
Sulit
5 tahun
Tekak berkahak (Tidak batuk @ sakit tekak)
Saya lelaki dalam 20an. Saya tidak mempunyai gejala batuk @ pedih tekak bila makan atau minum cuma bila saya baring nak tidur saya rasa seperti tekak saya mempunyi kahak. Bila saya cuma ludah keluar air kahak itu ada tapi tapi jumlah yang sedikit tetapi agak pekat. Bila saya dalam keadaan lain-lain kecuali baring saya akan merasakan kahak di tekak. Saya sudah mengesan gejala ini dalam lebih seminggu.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Masalah GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.