Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tekak gantal dan batuk tidak kerap dan kadang tidak mahu batuk

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 23, 2020 10:27 AM
Sulit 51 hari

saya seorang lelaki berusia 23 tahun,saya mengalami tekak gatal dan batuk tidak kerap dalam sehari 5 kali ke 6 kali macam to saya mengalami selama 2 hari akan tetapi saya termakan makanan berminyak adakah itu punca gatal tekak berlarutan doktor atau itu simtom covid 19

Dr Sashini Seeni 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.

Selain COVID-19, gejala tekak gatal boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:

  • Radang tonsil
  • Radang tekak
  • Jangkitan bakteria/virus
  • Tekak luka akibat batuk
  • Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap
  • Kurang minum air

Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.

Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)

Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Dikemaskini pada: Sat May 23 2020 10:27:22 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi