
Sulit
5 tahun
Tekak gatal dan batuk Setelah habis makan ubat
Salam sejahtera doctor.saya gatal tekak dan apabila tekak gatal saya batuk.saya ada berjumpa dokter dan diberi antibiotik,ubat batuk,radang tekak dan ubat sakit tekat.setelah makan ubat gatal tekak hilang tetapi setelah ubat habis gatal tekak datang kembali dan saya batuk batuk kembali…ini merisaukan saya…kenapa ya docter
tentl tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bukan semua sakit/gatal tekak berpunca daripada jangkitan bakteria. Jangkitan virus lebih lazim menyebabkan sakit tekak. Oleh itu, antibiotik cuma berkesan ke atas bakteria sahaja. Jangkitan virus biasanya akan mengambil masa untuk sembuh dengan sendirinya. Satu lagi penjelasan yang mungkin berlaku kepada anda ialah ubat antibiotik tidak cukup atau kurang berksean kepada jangkitan bakteria yang anda alami. Oleh itu, jangkitan tersebut berlarutan. Anda digalakkan untuk makan Vitamin C bagi membantu meningkatkan imuniti anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.