Sulit
6 tahun
Tekak gatal dan batuk
Sy lelaki umur 28. Mengalami batuk sejak 3-4 hari lepas. Keadaan tekak sangat gatal dan batuk cuma selang beberapa saat. Batuk tidak berkahak dan ada kalanya mempunyai kahak tapi dalam jumlah yang amat sedikit. Gatal pada tekak terasa sehingga ke luar leher…tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk kering serta kegatalan tekak boleh disebabkan beberapa punca. Antara penyebab gejala boleh terjadi kerana:
- Jangkitan selesema berulang (hal ini kerana terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menjangkiti anak puan dan setiap jenis virus selesema boleh menunjukan gejala yang serupa)
- radang tekak (“Pharyngitis” juga boleh disebabkan jangkitan virus seperti adenovirus, enterovirus)
- Radang tonsil (“Tonsilitis”)
- Bronkitis akut (boleh disebabkan udara panas, asap dan jangkitan kuman)
Untuk mengatasi masalah ini, sejarah sakit anak puan perlu diketahui lebih lanjut seperti maklumat vaksin bagi mengenalpasti punca sebenar kesakitan anak puan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian.
Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























