Sulit
2 tahun
Tekak gatal, terasa kering dan tegang
Hai Assalamualaikum, doktor saya nak tanya. Sebelum ni saya ada masalah gastrik dan dah hampir baik, masa sakit tu saya ambil peluang berhenti rokok. Dan sekarang saya dah tak merokok seminggu. Tapi dah dua hari tekak saya terasa gatal, kering dan tegang. Swab test dah buat3 kali hasilnya negatif. Adakah symptom pembersihan nikotin ? Harap doktor beri jawapan… Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan tekak terasa gatal, kering dan tegang.
Umumnya gejala seperti yang dinyatakan itu boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan virus atau bakteria
- Tanda-tanda dehidrasi
- Inflamasi saluran tekak
- Gejala-gejala ringan dari simptom sarak nikotin
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gejala-gejala jangkitan COVID-19 (transmisi yang berlaku pada hari setelah swab dilakukan)
- Komplikasi refluks asid perut
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.