Sulit
6 tahun
Tekak loya n ulu hati trbakar kdg2
Hai…saya lelaki berumur 23 tahun…kdg2 apabila perasan takut dtg,saya akn susah bernafas…saya sukar untuk tido pada waktu malam kerana berfikir mcm2 yg mmbuat saya tido lewat serta kdg2 ulu hati saya panas sprti terbakar…pada masa yang sama,tekak saya berasa loya…simpton2 ini berkait dgn penykit covid 19?ataupun pnykit lain?
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius) bagi kanak-kanan demam adalah 38.0
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Perasaan takut sehingga menyebabkan kesukaran bernafas, sukar tidur pada waktu malam kerana berfikir dan pedih ulu hati adalah tanda bagi masalah GERD dan kebimbangan (anxiety)
Namun, memandangkan anda mempunyai masalah kesukaran bernafas. Bagi mengecualikan COVID-19 anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Selain COVID, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- anxiety disorder
- hormon tiroid berlebijhan
- anemia
- GERD
- gastrik
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































