
syafiqarosli27
5 tahun
Tekak macam ada benda setiap kali makan
Saya wanita berumur 19 tahun… Sejak kelmarin saya mengalami masalah di tekak dimana kalau saya menelan makanan atau minum atau menelan air air liur terasa macam ada benda di tekak saya. Rasa macam tercekik tulang tapi saya pasti bukan kerana tercekik. Adakah ia tonsil? Saya juga ada sakit kepala sedikit… Tolong saya doc… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.