Sulit
3 tahun
Tekak rasa berkahak,hidung rasa tersumbat dan telinga rasa sakit dan tersumbat
Saya berumur 31thn, bila waktu malam tekak akan rasa berkahak, sehingga sukar utk bernafas,
Hidung rasa seperti tersumbat,dan telinga rasa sakit sebelah kiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil
- Radang telinga (otitis media)
- Polip hidung
- Bendasing di dalam telinga atau hidung
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun begitu, ini hanyalah panda ngan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.