
Sulit
4 tahun
Tekak rasa mcm panas dan tak selesa
Tekak rasa tak selesa slps mkn ubat kesihatan lelaki yg diluluskan kkm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah tekak tidak selesa boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- benda asing pada tekak
- Jangkitan kuman- bakteria, virus
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika gejala ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.