
Sulit
5 tahun
Tekak rasa pahit dan leher ada sesuatu
Selamat pagi…saya wanita berumur 49 tahun.
Tekak saya rasa pahit dan di leher saya macam ada sesuatu menyebabkn saya rasa tak selesa tapi bila makan boleh sahaja telan makanan. Badan saya penuh dengan angin. Adakah ibi ada kaitan dengan covid19.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Masalah GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.