
Sulit
4 tahun
Tekak rasa panas dan tidak selesa
saya lelaki berumur 30 tahun, ahad lepas saya ade pergi berkelah di PD, ke esokkan hari tekak saya rasa tak selesa rasa panas, adakah sebab saya tertrlan air laut n saya ade makan mangga asam pada hari yang sama jadi punca tekak sy rasa macam ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Selsema atau common cold
- Radang atau batu karang tonsil
- Jangkitan salur pernafasan seperi faringitis atau laringitis
- Bendasing di dalam saluran pernafasan
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan rawatan dapat diberikan.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Sakit tekak
- Kahak belendir dan berdarah
- Sukar bernafas
- Keadaan anda sekarang mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.