
Sulit
4 tahun
Tekak rasa seperti tersepit
Saya nak tanya kenapa 2 3 hari ini saya rasa seperti tekak saya mula tidak selesa seperti tersepit tapi tidak rasa sakit atau batuk…apa kah tanda tanda sakit tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami tetapi kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai ‘tekak tersepit anda’. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyumbang kepada gejala tersebut:
- Bendasing di dalam tekak seperti tulang
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang farings (pharyngitis)
- Alahan
- Selsema
- GERD
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am. Kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya kesimpulan dapat dibuat.
Sila jumpa doktor dengan kadar segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini:
- Demam
- Sukar untuk menelan makanan dan minuman
- Perubahan pada suara
- Mengganggu tidur dan aktiviti harian anda
- Batuk berkahak ataupun berdarah
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai keadaan anda daripada doktor kami. Terima kasih.