
Sulit
5 tahun
Tekak rasa tak selesa, rasa sesuatu apabila menelan dan keluar sedikit campuran darah bersama air liur atau lendir daripda tekak
saya wanita berumur 34 tahun… hampir dua minggu tekak saya rasa tidak selesa٫ apabila saya telan rasa ada sesuatu di tekak tetapi tidak mengalami sebarang kesukaran atau kesakitan untuk menelan makanan dan minuman… Saya tidak apa2 simptom seperti demam٫ batuk sedikit rasa sakit tekak… Apabila bangun pagi dan meludah sedikit campuran darah kemerahan keluar dengan air liur tanpa kahak…Apakah yang boleh saya lakukan…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.