Sulit
4 tahun
Tekak rasa tak selesa
Saya wanita yang berumur 26 tahun. Saya ada masalah severe anxiety and Bipolar. Sekarang ni saya sering rasa tekak saya tak selesa dan macam ada sesuatu kat tekak saya. Sebab takut saya sering kala paksa diri saya untuk muntahkan makanan yang saya makan. Apa yang boleh menyebabkan tekak rasa tidal selesa? Dan bagaimana saya nak tukar habit saya yang suka vomit balik makanan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, memaksa diri untuk memunthakan makanan, merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan anoreksia
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi & anxiety
- komplikasi bipolar
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikiatri atau pusat psikologi antarabangsa untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- meneruskan rawatan gangguan psikologi yang telah didapatkan sebelum ini
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- mengamalkan pemakanan yang berkhasiat bersama teman
- hindari makan bersendirian serta tabiat mengeluarkan makanan dengan sengaja
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.




























