
ayongsaiko1995
5 tahun
Tekak sakit Kahar berdarah
Saya lelaki umur 23 tahun nak tnya skit klau tekak kita sakit lepastu ludah nan kahar keluar darah ape punca dia ye

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara persoalannya adalah:
- berapa banyak darah yang keluar?
- apakah sakit tekak disertai dengan batuk? sekiranya ya, sudah berapa lama anda batuk
- bagaimana riwayat sosial anda, apakah anda merupakan seorang perokok?
- apakah anda mempunyai riwayat tonsilitis?
- apakah pekerjaan anda? adakah ia memerlukan anda untuk menggunakan suara atau bercakap dengan banyak?
-bagaimana dengan riwayat travel anda? - apakah anda mempunyai riwayat alergi?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih