
Anonymous
5 tahun
Tekak sakit sehingga menganggu saya
tekak saya setiap hari berasa sakit ketika menelan , ianya sakit ketika pukul 10:30- saya tertidur , pukul 4:48 sehingga pkul 8:30/9 am kadang kala berlarutan sampai tengahari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara punca sakit tekak adalah:
- Jangkitan virus atau bakteria pada tekak
- Tekak kering akibat berada dalam persekitaran yang sejuk dan kering seperti tidur di dalam bilik berhawa dingin
- Alahan terhadap bahan dalam makanan seperti pengawet, pewarna dan perasa makanan
- Tersedut asap, atau bahan kimia
- Mengalami masalah asid refluks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.