
Sulit
4 tahun
Tekak sangkut dan hidung sumbat
Suami saya ada mengalami saluran sebelah kiri dibhagian hidung n tekak bermasalh…hidung tersumbat dan tekak pula seperti ada sesuatu tetapi tidak menyakitkan…suami telah bjumpa pakar dan pakar telah masuk kamera ke slm hidung tp doc mengesahkan tiada apa2…doc mmberi ubat dan spray… sudah 6bln mkn ubat tetapi tidak berhasil…bagaimana untuk mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk hidung tersumbat yang berlangsung lama, maka kemungkinan penyebabnya, antara lain:
- Rinitis Alergi
- Polip hidung (hidung tersumbat hanya sebelah dan tidak berpindah-pindah)
- Iritasi hidung kerana faktor lingkungan contohnya asap atau debu.
- Sinusitis kronis (infeksi sinus yang berlangsung lama)
Selain daripada mengamalkan ubat tersebut, anda harus mengenalpasti bahan yang menyebabkan alahan suami anda. Kenal pasti dan elakkan nya. Kadangkala ia boleh menjadi habuk, makanan seperti makanan laut, debunga dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami kami. Terima kasih.