
Sulit
5 tahun
Tekak saya kering dan berasa tidak selesa
assalam dr, saya hafiz umur 27. tekak rasa kering dan berasa tidak selesa, bila saya batuk, saya batuk kering. sudah 4 hari jadi mcm ni termasuk hari ini jumaat 17/4/2020.boleh bantu saya.malam kelmarin dan malam semalam saya sudah minum air panas lemon sehingga hari ini, tapi still sama jugak tekak saya terasa kering.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tekak kering boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.