
Sulit
4 tahun
Tekak saya macan tersekat skrg ne
Sya malek dari pee jay bertanya tekak sya tersekat macam ada makanan tersekat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tekak tidak selesa seperti ada makanan yang tersekat. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mendapati masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.