
Sulit
4 tahun
Tekak terasa luka di sebelah kiri
selamat malam doktor, saya wanita berumur 17 dan dalam 2-3 hari ini tekak saya berasa seperti luka di sebelah kiri dan saya tidak boleh membiarkannya kering kerana ia akan berasa pedih. saya cuba memakan aiskrim kerana kebiasaannya memakan aiskrim akan melegakan sakit tekak sedikit. jadi saya makan aiskrim dan ia berasa sedikit lega namun masih jelas terasa luka di bahagian kiri.
saya tidak memakan makanan yang melukakan tekak saya dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba. apakah penyakit yang berkemungkinan saya hadapi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.