
Sulit
5 tahun
Tekak terasa tidak selesa tetapi tidak batuk dan demam
Hello Dr.
Saya wanita berumur 28th, pada 1 April ini saya ada pergi ke clinic sebab tekak terasa tidak selesa bermula 28 March &
Dr menyatakan saya terkena tonsilitis. Antibiotic already taken smpai habis dan sekarang tekak masih terasa ada something dan kadang gantal tapi tak ada batuk dan demam setakat hari ini. Dada kadang terasa sakit bila tarik nafas dan beberapa hari lalu 10-11hb setiap pagi/lewat malam saya kerap bersin dan lendir putih mengalir di hidung dan malam pula bila baring tidur,terasa lendir putih dekat tekak. Sepanjang mco memang tidak kerja dan stay rumah cuma keluar beli keperluan asas pada 27march, 07apri. Saya risau dengan keadaan yg on off seperti ini lebih lagi bila malam keadaan tekak terasa sakit utk menelan tetapi tonsil berwarna kuning d bahagian atas lelangit sudah hilang. Berapa lama jangkitan tonsil utk pulih sepenuhnya? Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala yang anda hadapi. Antaranya:
- jangkitan tonsil masih tidak sembuh
- terdapat jangkitan baru
- diagnosis yang salah
- bakteria tidak sensitif terhadap antibiotik.
Tonsilitis mengambil masa 14 hari untuk sembuh sepenuhnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.